| PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)

CiRNeT UPM MENYUMBANG SARANAN DALAM PROJEK BAMBOO CITY NEGERI SEMBILAN

Ringkasan Artikel

CiRNeT bersama pensyarah daripada Jabatan Rekreasi dan Ekoperlancongan, Fakulti Perhutanan UPM telah mengadakan perbincangan dan lawatan tapak bersama Jabatan Hutan NS.

26 Januari 2018 - CiRNeT bersama pensyarah daripada Jabatan Rekreasi dan Ekoperlancongan, Fakulti Perhutanan UPM telah mengadakan perbincangan dan lawatan tapak bersama Jabatan Hutan NS.

Lawatan ini khusus untuk membincangkan potensi tapak projek Bamboo City di daerah Kuala Pilah. Selain itu, perbincangan juga berkisar kepada latihan kakitangan dan komuniti setempat untuk in-house guide di kawasan hutan lipur dan taman negeri di NS.

Lawatan tersebut diteruskan dengan mengadakan Inventori Tarikan Pelancongan Kuala Pilah. Penilaian awal ini dibuat dengan pembiayaan oleh Global Innovation & Entrepreneurship Foundation. Lawatan ke beberapa kawasan baharu seperti Pusat Kraftangan, Istana Seri Menanti, Laman Warisan Alam, Laman Ejo dan lain-lain sebagai tarikan sokongan kepada Bamboo City.

 

SXETWAH~