20 Julai 2016 - Mesyuarat tersebut telah diadakan pada jam 3.00 petang di Bilik Sidang, Bangunan Canselori UPM pada 20 Julai 2016. AirAsia telah diwakili oleh Puan Fad, Ketua Jabatan, People Department, AirAsia dan Cik Aisya.
Di pihak UPM, mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh;
1. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Idnustri & Masyarakat),
2. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
3. Pengarah CiRNeT,
4. Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
5. Timbalan Pengarah CiRNeT,
6. Ketua Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar,
7. Wakil Bursar, dan
8. Pegawai-pegawai daripada CiRNeT.
Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai;
1. Program Pertukaran Staf,
2. Internship dan Kebolehpasaran Graduan,
3. Latihan & Pembangunan untuk Staf AirAisa,
4. Program Akademik Eksekutif untuk Staf AirAsia, dan
5. Cadangan Penubuhan AirAsia Endowment Fund.