HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Kriteria Pemilihan Kerjasama Industri-Universiti

Kriteria Pemilihan Kerjasama Industri- Universiti seperti ketetapan berikut:

  1. Industri yang bersesuaian dengan program akademik yang ditawarkan di UPM; 
  2. Industri yang boleh memberi manfaat kepada UPM (dari aspek modal insan, penyelidikan dan pengembangan) dan manfaat kepada Negara dan masyarakat; 
  3. Industri yang tidak melibatkan tanggungan kewangan atau kemudaratan kepada UPM bagi setiap kerjasama yang dijalankan. Penglibatan UPM hanya dari aspek kepakaran, kemudahan dan pelajar; 
  4. Industri yang sah dari segi undang-undang. UPM tidak boleh disabitkan dengan apa-apa kesalahan peraturan atau undang-undang yang dilakukan oleh pihak industri melalui kerjasama yang dijalankan; 
  5. Industri yang tidak melibatkan kepentingan mana-mana pertubuhan politik, suku kaum tertentu, pertubuhan haram dan pelampau agama.