LUAR NEGARA

Bagi meningkatkan reputasi akademik UPM di peringkat antarabangsa, pelajar-pelajar UPM telah digalakkan untuk mengikuti Latihan Industri di Luar Negara. Melalui program ini, pelajar telah diberi peluang untuk meluaskan pengalaman, pembelajaran, mempelajari budaya kerja dan nilai-nilai murni industri dan mewujudkan jaringan dengan industri di luar negara. 

Antara objektif program ini adalah :

  1. Memperkasakan aktiviti MoU/MoA yang telah ditandatangani oleh UPM dan industri luar negara;
  2. Mempertingkatkan visibiliti UPM di persada antarabangsa;
  3. Memperluaskan pengalaman pendidikan bagi pelajar UPM;
  4. Menggalakkan knowledge transfer dan mempelajari best practice dari luar negara dalam bidang berkaitan, dan;
  5. Melatih pelajar sebagai duta kecil UPM dan Malaysia.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

Sebarang pertanyaan mengenai prosedur dan garis panduan latihan industri boleh merujuk kepada Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM, serta Timbalan Dekan Fakulti (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Manakala promosi berkenaan latihan industri boleh di dapati di laman sesawang rasmi PTJ, media sosial PTJ (facebook, linkedin), serta hebahan dalaman dari email PTJ.

Pihak CiRNeT UPM juga ada memanjangkan hebahan promosi latihan industri dari menerusi pemanjangan email hebahan ke PTJ UPM relevan, Linkedin  CiRNeT (https://www.linkedin.com/company/cirnet) dan Facebook CiRNeT (https://www.facebook.com/CiRNeT.UPM/)