Bantuan Kewangan

BANTUAN KEWANGAN LATIHAN INDUSTRI DI LUAR NEGARA


TANGGUNGJAWAB PELAJAR

  1. Isi serta lengkapkan borang Application for Study Abroad (Outbound), UPM/ID/SAOUT/BR01 daripada Bahagian Antarabangsa, UPM.
  2. Sediakan semua lampiran yang diperlukan berdasarkan senarai semak pada borang tersebut. 
  3. Serahkan kepada Unit/Bahagian Akademik Fakulti masing-masing.



TANGGUNGJAWAB FAKULTI

  1. Terima borang permohonan daripada pelajar. 
  2. Sediakan senarai permohonan berdasarkan kelayakan, koata tahunan fakulti dan syarat yang ditetapkan.
  3. Uruskan sesi temuduga (sekiranya perlu). 
  4. Hantar senarai serta borang permohonan pelajar yang dicadangkan oleh pihak fakulti ke Bahagian Antarabangsa UPM. 

 

TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN ANTARABANGSA UPM

  1. Terima senarai serta borang permohonan pelajar daripada Fakulti. 
  2. Majukan permohonan tersebut kepada Pengarah, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat). 
  3. Bawa permohonan yang telah disahkan Bantuan/Pinjaman Kewangan oleh Pengarah CiRNeT ke Mesyuarat Jawatankuasa Mobiliti UPM. 

 

TANGGUNGJAWAB PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CIRNET)

  1. Terima senarai serta borang permohonan pelajar daripada Bahagian Antarabangsa. 
  2. Semak kecukupan borang. 
  3. Bawa, bentang dan dapatkan pengesahan Pemegang Amanah dalam Mesyuarat Pemegang Amanah, Akaun Amanah Latihan Industri, Pejabat Timbalan naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat).
  4. Majukan kepada Bahagian Antarabangsa untuk di bentangkan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Mobiliti UPM.

 

KUOTA TAHUNAN FAKULTI

Bilangan pelajar yang diberi bantuan kewangan untuk menjalani Latihan Industri di Luar Negara adalah seramai dua (2) orang bagi setiap fakulti. 

 

KUOTA NEGARA TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Bagi menggalakkan pelajar UPM pergi ke pelbagai negara dalam satu-satu tahun, maksima tiga (3) orang pelajar UPM sahaja di dibenarkan untuk menjalani Latihan Industri disesebuah negara, dalam satu tahun.

 

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

  1. Pelajar diwajibkan untuk mendapatkan latihan industri di syarikat-syarikat atau industri di luar negara. 
  2. Pelajar perlu mendapatkan Surat Tawaran Penempatan/Penerimaan daripada syarikat/industri tersebut.
  3. Latihan Industri di Universiti/Institusi adalah tidak dibenarkan; kecuali Universiti/Institusi tersebut bertindak sebagai penyelaras untuk menghantar pelajar-pelajar ke syaikat/industri yang mempunyai jaringan dengan Universiti/Institusi tersebut. 

SYARAT-SYARAT PEMOHON

Pelajar mestilah; 

  1. Mendapat PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 3.00 pada semester terkini dan berstatus BAIK”.
  2. Tidak mempunyai sebarang kes tindakan tata-tertib. 
  3. Pelajar menunjukkan kesungguhan dan pengetahuan untuk mewakili UPM dan Malaysia ke peringkat antarabangsa. 
  4. Mendapat tawaran tempat penempatan/penerimaan untuk menjalani latihan industri daripada syarikat/industri luar negara. Sekiranya permohonan melebihi tiga (3) orang daripada sesebuah fakulti, keutamaan akan diberikan kepada:
    • Pelajar yang mendapat penempatan di syarikat/industri yang mempunyai reputasi tinggi.
    • Pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan. 

 

KADAR BANTUAN KEWANGAN

Sila muat turun Garis Panduan Permohonan Bantuan Kewangan Latihan Industri (Luar Negara) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016. 

 

BAYARAN BALIK

Pelajar tidak dikenakan bayaran balik sekiranya menamatkan Latihan Industri dalam tempoh yang ditetapkan. 



TEMPOH LATIHAN INDUSTRI

Tempoh pelajar menjalani Latihan Industri adalah berdasarkan;

  1. Kurikulum yang telah ditetapkan seperti didalam program pengajian. 
  2. Tempoh yang dipersetujui oleh fakulti. 

 

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar dikehendaki menghantar satu (1) salinan Laporan Latihan Industri yang telah disahkan oleh Fakulti kepada CIRNET untuk tujuan perekodan dan rujukan pelajar-pelajar lain.