18 Disember 2023, Bangi- Pengarah Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT telah menyertai dan membuat pembentangan dalam Bengkel Semakan Rangka Kerja dan Penyediaan Blueprint Keterjaminan Makanan yang diadakan pada 16 Disember 2023 (Sabtu).
Pembentangan ini memberikan wawasan mendalam mengenai langkah-langkah proaktif yang diambil untuk memastikan keterjaminan makanan negara. Sesi ini yang dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan pakar relevan UPM yang turut terlibat sama membincangkan, seterusnya menyediakan inisiatif dan strategi UPM berkaitan keterjaminan makanan. Ini sejajar dengan matlamat utama dan komitmen universiti terhadap peningkatan terus-menerus dalam aspek keterjaminan makanan negara.
Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | zaidi_tajuddin
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA