UPM Dan FELCRA BERHAD Menandatangani Perjanjian Kerjasama Untuk Mendorong Kecemerlangan | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » UPM dan FELCRA BERHAD Menandatangani Perjanjian Kerjasama untuk Mendorong Kecemerlangan

UPM dan FELCRA BERHAD Menandatangani Perjanjian Kerjasama untuk Mendorong Kecemerlangan

29 Februari 2024, Serdang- Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Felcra Berhad di Dewan Taklimat Serdang, UPM semalam.

Perjanjian ini merupakan hasil dari PROGRAM CEO@FACULTY yang melibatkan penyelidik UPM dalam menyumbangkan kepakaran bagi membantu FELCRA BERHAD dalam menjalankan penyelidikan untuk mencapai kecemerlangan. Hasil kerjasama termasuk kursus asas SDG bagi staf FELCRA dan Program ceramah motivasi bersama Warga Kolej FELCRA BERHAD, serta usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang pembangunan projek dan penggunaan teknologi dalam perladangan sawit, penyelidikan, serta latihan industri bagi staf dan pelajar.

Kerjasama ini dijangka memberi kesan positif kepada kedua-dua pihak dan juga masyarakat setempat dan negara secara keseluruhannya.

Tarikh Input: 08/03/2024 | Kemaskini: 08/03/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbVAd~