17 Januari 2024, Serdang -@Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT dan Axiata Digital Labs telah menjalankan sesi perbincangan untuk meninjau potensi kerjasama dalam bidang digitalisasi sumber alam.
Sesi ini dihadiri oleh Mr. Shifan Saleem, Naib Presiden - Client Success & Country Head Axiata Digital Labs Malaysia, Mr. Weng Yew Yong, Customer success Axiata Digital Labs, dan wakil-wakil dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM yang relevan. Fokus perbincangan tertumpu kepada potensi peningkatan dalam digitalisasi dalam sektor pertanian, perhutanan, dan projek IPR-INTAN UPM. Kerjasama dijangka dapat memajukan keupayaan digital dalam mengoptimalkan pengurusan sumber alam dan projek inovatif.
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | zaidi_tajuddin
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA