11 Januari 2024, Serdang - Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT dengan kerjasama Milagro telah menganjurkan sesi pembentangan proposal permohonan inkind bagi projek berasaskan pertanian 2024.
Sebanyak 7 projek berasaskan pertanian dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM telah menyampaikan cadangan mereka kepada panel-panel dari Milagro untuk menerima bantuan inkind berupa baja organik dan kawalan perosak produk Milagro.
Sesi ini merupakan inisiatif kerjasama antara CiRNeT dan Milagro bertujuan memberikan sokongan kepada projek-projek berasaskan pertanian di UPM, khususnya projek tahun akhir dan projek pasca siswazah.
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | zaidi_tajuddin
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA