Satu perbincangan telah diadakan bersama China Railway Engineering Corporation (CREC) dan InvestKL pada 10 Ogos 2017. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh;
UPM
CREC
InvestKL
CREC berminat untuk menawarkan tempat kepada pelajar UPM daripada bidang Kejuruteraan Awam dan bidang Persekitaran untuk mendapatkan pengalaman Latihan Industri dan juga bekerja dengan mereka untuk membangunkan projek-projek mega di Malaysia dan luar negara.
Selain daripada itu, pelajar UPM juga dipelawa untuk laatan tapak di projek-projek CREC yang sedang dijalankan. CREC juga bersetuju untuk memberi peluang kepada staf mereka datang ke UPM bagi berkongsi pengalaman dan kerjaya bersama pelajar UPM.
Tarikh Input: 17/08/2017 | Kemaskini: 17/08/2017 | syam
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA