24 Januari, Semenyih - Lawatan dan majlis tandatangan ringkas yang diadakan di antara UPM dan JL Ecofarm telah diadakan pada 24 Januari 2022. Untuk makluman, JL Ecofarm diterajui oleh En Jerome John Ragavan yang merupakan Pengarah Urusan dan adik beliau iaitu James Gerard Ragavan sebagai pegawai pemasaran. JL Ecofarm memproduksi sayuran dan buah-buahan kepada pasaran tempatan. Memorandum of Understanding (MoU) diantara UPM dan JL Ecofarm dijangka akan memberikan impak kepada kedua belah pihak iaitu dari segi penempatan pelajar bagi latihan industri, kerjasama penyelidikan dan pemasaran hasil JL Ecofarm kepada Putra Mart di UPM.
Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA