Satu pertemuan telah diaturkan bersama People and Culture Department, AirAsia pada 16 Ogos 2017 di RedQ, AirAsia, KLIA2. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh;
Perbincangan tersebut adalah untuk menjalankan Program TRACE @AIRASIA yang akan dianjurkan oleh Pusat Alumni UPM serta Majlis Pelancaran Livery UPM-AirAsia yang akan dianjurkan oleh Pejabat Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat UPM.
Selain daripada itu, lawatan kepada pelajar-pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri dibawah High Flyers Program juga diadakan. Seramai 5 orang pelajar UPM iaitu 3 orang daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan 2 orang daripada Fakulti Kejuruteraan UPM sedang menjalani Latihan Industri selama 3 bulan di AirAsia.
Tarikh Input: 17/08/2017 | Kemaskini: 17/08/2017 | syam
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA