22 April 2022, Serdang - Program Iftar Ramadan (Rewang@JINM) dilaksanakan dengan jayanya pada 22 April yang lalu dengan penglibatan staf dari entiti di Bangunan JINM UPM iaitu Pejabat TNC JINM UPM, Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT dan University Community Transformation Centre - UCTC UPM. Program tersebut menyediakan juadah untuk berbuka di Bangunan JINM di samping mengedarkan bubur lambuk pada komuniti sekitar. Prof TNC JINM turut serta menyediakan sendiri juadah berbuka iaitu Nasi Arab kepada staf Bangunan JINM UPM. Program ini juga mendapat sokongan dan keprihatinan rakan industri antaranya Gsparx Malaysia, FAACP Cattle Farm, WMS Industrial Gas & Equipment Sdn Bhd, Dato' Seri Zainul Azizan Dato Zainul Aziz dan Puncak RM Sdn Bhd menerusi sumbangan ikhlas tunai kepada program JINM.